topbella

Thursday, January 20, 2011

Keikhlasan Itu Satu Ujian 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Today is Thursday. It's a holiday. Special day for Hindus to celebrate Thaipussam. It's not like when it comes to holiday, i'll be spending my time leisuring or hanging out with my friends doing "lagha" things. My life is so pack. Dream on to take a break..hoho~ Hari ni alhamdulillah masa terisi dengan perkara yang bermanfaat.

Okay not a good start i guest. Haha~ Saya mengaku saya tak pandai nak mulakan bicara. It's true that i'm not good at starting a conversation or writing. Lantaklah. Salah saya sebab saya pun jarang practice writing. Dulu kononnya salah satu tujuan buat blog ni sebab nak improve kan writing skills. Kononnya lah.

Sebenarnya saya saje je menulis petang ni sebab tiba-tiba ada masa dan saya teringatkan blog yang dah berkurun saya tinggalkan tanpa menjenguknya langsung. Okay saya tipu. Sekali sekala tu jenguk jugak la. Tapi sekadar bukak tanpa buat apa-apa. Last update adalah sebelum final exam sem lepas kot. Entah. Dah lupa. Nampak sangat dah lama.

Okay! Berbalik kepada topik utama di atas, "keikhlasan itu satu ujian".

What makes me think of something like that suddenly? Yup! Pastinya ada kisah disebaliknya.

Semuanya bermula pada 8 Januari yang lalu. Pada 9 Januari, saya bersama "geng Khadijah" telah dijemput untuk memeriahkan majlis walimah kakak kepada salah seorang daripada member "geng Khadijah". Kami pun, apa lagi.. "Jom plan Jaulah ngan adik2!!"

Maka pada malam 8 Januari, kami pun berkumpul lah di satu "port lepak" biasa kami. Malam tu, kami ada buat satu sesi special sket. Sesi tu di adakan on the spot tanpa sempat diancang oleh "geng Khadijah" yang lain. Sesi tu di handle oleh Kak K. Nasib baik dia pandai goreng [sebenarnya ilham malam tu datang dari Allah katanya]. 1st, kami kene bukak quran. Setiap dari kami perlu bukak surah dan ayat mengikut tarikh lahir. As for me, saya pun bukak lah 19:07. Ayatnya berbunyi seperti

"Wahai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak lelaki yang namanya Yahya, yang Kami belum pernah berikan nama seperti itu sebelumnya."

Nak kata ayat tu kene dengan saya 100% tak la. Kalau dilihat secara dasarnya, memang takde kene mengena dengan saya langsung. Namun, entah kenapa, Allah nak bagi saya feel baca ayat tu malam tu. Saya rasa ayat tu sangat dekat dengan saya. Kenapa? Meh nak story sket.

Kami belum pernah berikan nama seperti tu sebelumnya. Hati saya tertangkap pada frasa ayat tu. Sekilas saya teringat masa kecik2 dulu, saya cukup benci dengan nama saya sendiri. Sebab apa? Haha sebab saya rasa nama saya pelik. Saya tak pernah jumpa pun orang lain dengan nama Tasneem sehinggalah saya tingkatan 4. Saya cukup tak boleh terima apabila saya memperkenalkan diri, orang akan salah dengar nama saya. Nama common yang biasa orang sangka itu adalah nama saya ialah Jasmine, Yasmin, Taslim.. Jarang orang sangka Tasneem. Memang susah sangat nak jumpa. Sebab tu bila orang yang 1st time sebut nama saya dengan betul, saya akan rasa sangat excited!haha~ kanak2 bukan. Tapi lama2 saya dah lali dan tak kesah. Disebabkan nama yang pelik ni jugak, saya jadi agak introvert dan less confident masa kecik. Saya tak suka langsung nak mengcommercialkan diri saya. 

Masa kecik[dlm darjah 4 kot], saya pernah tanya kepada ummi saya "Ummi, kenapa bagi nama Tasneem, Tasneem? Macam pelik je..xde pun orang nama Tasneem? Tasneem nak tukar namalah! Tak suka nama Tasneem!" [emosi dengan nama sendiri masa kecik2 dulu..bapak tak matang..haha~].

And then my mom replied dengan muka tenang seorang ibu, "Tak suka?Tahu tak ummi suka sangat nama Tasneem. That's why i named it after my 1st girl. Masa kat UK dulu ada sorang anak kawan ummi nama Tasneem comel sangat [dlm hati:oh ada org nama Tasneem rupanya]. Masa ummi mengandungkan Tasneem jugak, Ummi tengah hafal surah al-muthaffifin. Dalam surah al-muthaffifin ayat 27, ada nama Tasneem. Tahu tak apa maksud dia? Air yang mengalir dari syurga". Saya terdiam. Indahnya maksud nama aku [cakap dalam hati]. Patut la aku seorang yang tenang. Tenang macam air. Sejak daripada explaination ummi malam tu, saya terus jatuh cinta dengan nama sendiri dan saya sangat suka nama saya. I find it unique and not weird anymore.

Tiba-tiba saya sebak malam tu sebab saya teringatkan ummi. Padahal petang tu baru je chat dengan ummi.

Seperkara lagi yang saya baru dapati tentang saya malam tu ialah sifat yang tak best wujud dalam diri saya. Saya terlalu suka menfokus pada perkara kecil yang kurang penting, remeh dan kemungkinan takkan memberi kesan apa2 pun. Sepertimana saya terlalu concern tentang nama saya hingga memberi effect terhadap keyakinan diri saya semasa kecil. Nama je kot. Bukan perkara besar. Apabila saya semakin dewasa, keyakinan diri saya bertambah baik sehingga pernah digelar "minah konpiden maut" semasa sekolah menengah. Itu mungkin terjadi kerana keslumberan saya yang melampau.

Dan malam itu [berbalik kepada malam 8 Januari 2011], ramai lagi berkongsi ayat tarikh lahir mereka. Agak menarik buat aktiviti begini sebab ini adalah pertama kali kami buat macam ni.

2nd, kami buat sesi ala2 Meniti angin malam. Maka, malam tu kami semua disuruh menutup mata dan kami pun mengembaralah ke alam akhirat. Okay, malas nak citer panjang tentang malam tu. Hanya yang hadir akan dapat merasai roh keinsafan malam tu. Salah satu point yang menarik untuk dishare ialah keikhlasan itu satu ujian. Err saya rasa macam dah melencong jauh la plak dari tajuk asal. Baru nak masuk pada tajuk entry. Baru saya perasan dah berjela jugak saya tulis. Hmm.. nak padam balik, sayang la plak.. Penat kot tulis panjang2. Hmm saya terpaksa tukar tajuk entry kepada Keikhlasan Itu Satu Ujian 1.. Akan ada sambungan untuk pengisian Jaulah pertama bagi tahun 2011. Nanti saya akan buat entry Keikhlasan Itu Satu Ujian 2 insyaAllah dalam masa terdekat ni. Haha~ maaf ye semua. Saya tak sedar dah tertulis panjang lebar. Biasalah saya agak suka bercerita.. Kalau bercerita, tak detail tak sah. Hehe~ 

Ok lah. Saya banyak lagi kerja nak buat ni [insan yang perasan busy].. Esok nak pergi KL plak.. Arghh next week banyak quiz. Banyak nak kene cover before i go to KL. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu yang lemah ini. AmeeN~

Keyh~ nk out.. Assalamu'alaykum wbt. semua. Terima kasih sebab sudi luangkan masa baca saya ramble merepek2 and mintak maaf sebab susah2 je buang masa baca benda yang kemungkinan tak beri apa2 pengajaran pun dalam hidup anda.

to be continued...

4 comments:

  1. i like 'port lepak' itu...hehehe..

    ReplyDelete
  2. penat je baca.. ade sambungan lg rupenye.. hehe

    ReplyDelete
  3. k.fit,i like it too~~

    anon, tu la..penat je tulis..xsampai point utama lg rupanya..sabar ek..

    ReplyDelete
  4. menarik post ini! i like! haha aku pn betapa bencinya nama dhuha pada suatu ketika dulu. jatuh bedebuk self esteem. slalu org ingt laki.nama mcm x ayu langsung.haha..dulu2 la..

    aku 25:03
    Dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatupun, bahkan benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi); dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan, atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk yang telah mati.

    mcm sgt universal utk sume org je tapi peringatan akidah yang terkuat =)...jawapan kpd persoalan, kenapa one and the only God yg kna kte sembah? kenapa Allah? dalam ayat ni dh bg jawapan yg complete. n then surah al-furqan maksudnya, tahu beza yg benar n yg batil kan. yg selalu didoakan supaya dpt capai al-furqan =)..dlm era hari ni sgt susah nk bezakan baik buruk kalau basic akidah tak kukuh.

    remember 25:03 =)

    salam wbt. rindu rindu rindu!

    ReplyDelete

About Me

My photo
insan biasa yang dilahirkan di atas muka bumi ini untuk sentiasa mencari dan berusaha mengenal DIA..