topbella

Monday, December 28, 2009

tak perlulah sampai macam ni..

Bismillahirrahmanirrahim..

i got this email from a friend.just wanna share with others.tak tahu kisah benar atau rekaan semata-mata.agak menyedihkan.

ceritanya begini:

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi si anak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar... Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !"

"Saya tak tahu Tuan..! "

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Menangis terusak-isak keduanya, dalam bilik. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-
jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah
mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan
Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia
dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata
doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung
merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa
terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan
sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah..sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis....

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram.....

Wednesday, December 23, 2009

~Awaken~

Bismillahirrahmanirrahim..

as promised before..here's another lyric of Maher Zain's song entitled:

~Awaken~
by Maher Zain


We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied

We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and ...
We make sure we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became individual without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

enjoy!! ;)

"contradiction" punya pasal..

he said "let me give u an example"..

"in malaysia muslim=malay", he wrote it on the board..

"hurmm..", i started to feel unease with the example..there's something wrong with that statement..that's not necessary..

he continued by explaining "so, contradict to the statement is not muslim=not malay"

okeh!that is TOTALLY NOT TRUE AT ALL!after that i keep saying "that's not true!","it's not necessarily". but i can only said it in a low volume..verry low..only those who sit next to me heard it..by that time, i wish i had a big voice..people can hear me even when i'm whispering..

then he said "yes i'm saying it in Malaysia..only in Malaysia..of course not in other country.."

huh..hello~ that statement is NOT TRUE even in Malaysia..that's triple-not-true for today..

secara matematiknya memang lah betul..itu adalah "contradiction statement"..BUT THE STATEMENT IS NOT APPLICABLE IN REAL LIFE!oh ya that was in REAL ANALYSIS class i was talking about..

siapa cakap kt Malaysia xde muslim yg bukan melayu?siapa ckp kt Malaysia xde melayu yg bukan islam,kristian/hindu/budhha(kes murtad)..ada ok..ye laa..walaupun dlm quantity yg sedikit..tp still ada..

apa yg nk d stresskn d sini ialah kebanyakan masyarakat menganggap islam tu hanya utk org melayu shj d malaysia..kalau bukan melayu maknanya bukan islam..kalau bukan melayu xbley masuk islam..inilah tanggapan sesetengah orang.

lebih menyedihkn bila dgr cerita sorg kawan ni..dia cakap member dia si A pernah tanya pd dia "cuba ko teka..si B bangsa apa?".."cina laa" jawab my fren yg melihat secara terangnya si B ni chineese-look walaupun dia bertudung..si A jwb "x..dulu dia cina..skang dia da melayu"..

daa~x semestinya dia revert pd agama islam bermakna secara automatiknya bangsa dia pun bertukar..si B adalah cina yg muslim aka muallaf..apa salahnya kalau dia islam walaupun dia cina..perlu ke tukar bangsa dia?

agama islam bukan diturunkan utk certain2 bangsa sahaja..
islam kan untuk sume..xkira la bangsa apa pun dia dan di mana jua dia berada..islam bukan khusus untuk org Arab sahaja atau in our case in Malaysia,untuk melayu sahaja..

ohh tapi yg geramnya hari ni i don't have the courage to stand up and correct the statement..statement tu bole menyebabkan org salah paham..da la kelas kiteorg cina separuh,melayu separuh..what would they think of islam?ohh sgt menyesal sbb x bangun je td..ikutkan hati nak je..tp..uhuh npe xbangun cik tasneem???!!!!!menyesal sangat ok!!

sebagai muhasabah diri,i shouldn't put blame in others..xbole salahkan lecturer tu..mungkin dia xtahu @ xprasan..mungkin diri ini yang masih perlu mengumpul kekuatan dalaman disamping ilmu-ilmu tambahan di luar bidang math supaya lebih berani berhadapan dgn pandangan masyarakat..lepas ni kene lebih berani..(tasneem2..ko kn terkenal dgn perangai konpiden maut n slambe badak..apesal td x slambe je bangun?!)

kesimpulannya jom hayati terjemahan daripada surah al-hujurat (49:13):

13. Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

wallahu'alam

About Me

My photo
insan biasa yang dilahirkan di atas muka bumi ini untuk sentiasa mencari dan berusaha mengenal DIA..