topbella

Wednesday, March 9, 2011

Book #1:Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna

Bismillahirrahmanirrahim..


"Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna"..It's a 74 pages book. A thin book. I started reading this book last night as for I was having a hard time to sleep. Very hard indeed. Hmm.. Just for the record, this book is the fastest one I have ever read so far [I used to read a much thinner book and yet it took me few days to finish it]. Manage to finish it within a short period. *sukses!tahniah cik!* I did not really spent much time on this book. It was nothing weird about that though. Oh, for your information I was not born to be a reader. I am a slow reader. Tapi takpe. At least I'm a fast learner. Why am I so prone to write something about this book? Cause, it is interesting! The contents manage to make me glued to the book for hours. Every time I read this book, I just feel like crying. *touching woo*

Before I start, let me introduce you to the one I admired; Hassan Al-Banna. Who is him anyway? Is he an important person?? *daa~of course he is* Some people said, "tak kenal maka tak feel" [Ok tipu. It's not what some people said. It's what I said]. Seperti biasa, bila nak bercerita, akan jadi panjang. *tiba-tiba bahasa melayu* Hassan Al-Banna adalah merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun. Seorang tokoh da'ie yang amat dikagumi. Terlalu banyak jasa beliau untuk ummah ini. Namun dibunuh dengan cara yang amat kejam malah orang ramai dihalang untuk menghadiri majlis pengebumiannya. I'll make a special entry for him later. Nak cerita sekarang panjang plak nanti. [Kau selalu cakap nak buat entry itu ini..Tapi alih2 tak buat jugak. Ceh~]

Basically buku ni bukanlah ditulis oleh beliau. Tapi ia merupakan kisah bagaimana seorang da'ie yang sangat sibuk dengan kerja2 dakwahnya di luar masih mampu berperanan sebagai seorang bapa yang penyayang di rumah. Hasil tulisan buku ini adalah berdasarkan apa yang diceritakan oleh anak2 beliau sendiri. Beliau mempunyai 6 cahaya mata. 5 daripadanya adalah puteri yang dicintainya. Manakala seorang lagi adalah satu-satunya putera beliau. Anaknya yang bongsu masih berada dalam kandungan si ibu ketika beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Anak2nya membesar dalam suasana yang baik. Cukup segala keperluan asas. Mendapat pendidikan yang baik.

Sudah semestinya Hassan Al-Banna mengambil contoh Rasulullah saw sebagai role modelnya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Antara beberapa sikap yang dinyatakan di dalam buku ni ialah:
  • Hassan Al-Banna seorang yang sangat berdisiplin dan beliau memastikan anak2nya juga berdisiplin.
  • Beliau tidak pernah memarahi @ memukul anaknya. The worst thing he ever done pun is just tarik telinga. [Based on what his daughter told. Tarik telinga je. Memang tak sakit mana pun]
  • Menegur dengan penuh hikmah.
  • Tidak pernah mengarah anaknya untuk buat itu dan ini.
  • Memberi perhatian terhadap segala keperluan anaknya. [Lain anak, lain keperluannya. Beliau sangat prihatin ok! Setiap keperluan anaknya dia akan pastikan ianya cukup]
  • Didikannya sangat halus dan penuh kasih sayang. [Ciri wajib bagi en.suami-to-be! ;p]
  • Bilamana kebanyakan parents "takut" untuk memberikan wang saku untuk anak2nya, beliau akan memberi wang saku untuk anak2nya setiap hari dengan jumlah yang agak tinggi jika di compare kan dengan anak2 jiran tetangga. Oh mereka ada 3 jenis perbelanjaan. Wang harian, mingguan dan bulanan. Amacam?Ada bran nak bagi anak2 anda duit hari2?? Mesti anda [err sebenarnya kita] "takut" nak bagi kan?kan?kan? Anak beliau cakap, "It's not how much you [we] gave that matters, but it's how you [we] train your [our] kids to use the money wisely". He trained his kids to donate at the mosque every week. Cantikkan cara dia didik anak dia? ^_^
  • Macam Rasulullah spent masa bermain dengan anak2 kecil, beliau pun akan cuba luangkan masa bermain dengan anak2 beliau.
  • Selain itu, dia akan sediakan "small library" for each and everyone. Ini menggalakkan anak2 dia untuk rajin membaca. [Err..mak saya pun buat macam tu jugak dulu..Tapi saya tetap jugak bukan pembaca tegar..Cuma sejak berada di alam universiti ni, saya tiba2 ada kesedaran sivik sket..Hey, membaca itu kan mampu menambah ilmu..so, MARI MEMBACA~]

Sebenarnya banyak lagi kisah Hassan Al-Banna di rumah yang boleh dijadikan contoh. Adalah tidak adil untuk saya menceritakan segala isi kandungan buku ni di sini. Anda harus membeli dan membacanya sendiri. Baru feel. Sesuai di baca untuk semua lapisan masyarakat terutama bagi mereka yang bergelar "bapa" dan "bakal bapa".."Ibu" dan "bakal ibu" nak baca pun boleh..Takde masalah pun.

Oh ye, kenapa saya beria2 menangis baca buku ni. Sebab setiap kali baca buku ni, saya mesti teringat pada Abah saya. It teaches me how to appreciate my father and I can't stop thinking of his sacrifices to make sure I grow up to be a good kid. *Aaarrgghh menangis lagi* Ok. Saya homesick! Nak balik! Nak balik! Weekend ni walau apa pun yang terjadi, saya tetap nak balik. [Dulu mana pernah homesick..Lately asyik homesick je..]

p/s: Sila baca buku ni. Best! Highly recommended! Murah pun murah. RM13.00 je.

Rating selaku pembaca: 8/10 9.8/10 *sbb berjaya memberi sesuatu yg valuable untuk saya*

Ok. Sekian. Assalamu'alaykum wbt~ ^_^

p/s:saya dah cuba jadikan tulisan dia semua hitam..last2, keluar hitam biru jugak..nasib la..

Thursday, March 3, 2011

Jauh Di Mata Dekat Di Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

I miss them..
I miss them for real..
We are so closed "dulu, kini dan insyaAllah selamanya"

Teringin jugak nak buat special post untuk kita2..
huhu~
Tapi maaf belum punya kesempatan waktu.. T_T

They are the best cousins on earth!
The best i've ever had!

Terasa diri sungguh bertuah lahir di kalangan korang..
"Gila-gila", itu of course..
It's our middle name though..

The joyous we had when we gathered..
That is only for us to know..

Tumbesaran telah memisahkan kita..uhuk2..
Walaupun majoriti tak besar mana pun..

Ya, jarak juga memainkan peranan menjadi 
benteng pemisah antara kita..
Tapi, bak kata eda 
"xpe..we live in the 20th century..FB ada, YM ada,
blog ada, Youtube ada.. 
Let's make use of them"

Walau terpisah, bak kata orang 
"Jauh di mata, dekat di hati"

Serius suka buat video sama2..
Directed and edited by our and only eda.. 
Taking crazy pictures during morning eid..
Aaaahh wonderful~
Masing2 tunjuk bakat posing.. ceh~ huhu~ ^_^

Since miss dhuha dah buat satu nice video.. [credit to you!]
I would love to share it to the world..
 
PEOPLE, I LOVE THEM!
DO YOU HERE ME?! HEHE~ ^_^


forever in love
-eda.dhuha.dee.aisyah.tasneem.nas.hajar.hannan.alin-

~ Till we meet again fellas ~

Thursday, January 20, 2011

Keikhlasan Itu Satu Ujian 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Today is Thursday. It's a holiday. Special day for Hindus to celebrate Thaipussam. It's not like when it comes to holiday, i'll be spending my time leisuring or hanging out with my friends doing "lagha" things. My life is so pack. Dream on to take a break..hoho~ Hari ni alhamdulillah masa terisi dengan perkara yang bermanfaat.

Okay not a good start i guest. Haha~ Saya mengaku saya tak pandai nak mulakan bicara. It's true that i'm not good at starting a conversation or writing. Lantaklah. Salah saya sebab saya pun jarang practice writing. Dulu kononnya salah satu tujuan buat blog ni sebab nak improve kan writing skills. Kononnya lah.

Sebenarnya saya saje je menulis petang ni sebab tiba-tiba ada masa dan saya teringatkan blog yang dah berkurun saya tinggalkan tanpa menjenguknya langsung. Okay saya tipu. Sekali sekala tu jenguk jugak la. Tapi sekadar bukak tanpa buat apa-apa. Last update adalah sebelum final exam sem lepas kot. Entah. Dah lupa. Nampak sangat dah lama.

Okay! Berbalik kepada topik utama di atas, "keikhlasan itu satu ujian".

What makes me think of something like that suddenly? Yup! Pastinya ada kisah disebaliknya.

Semuanya bermula pada 8 Januari yang lalu. Pada 9 Januari, saya bersama "geng Khadijah" telah dijemput untuk memeriahkan majlis walimah kakak kepada salah seorang daripada member "geng Khadijah". Kami pun, apa lagi.. "Jom plan Jaulah ngan adik2!!"

Maka pada malam 8 Januari, kami pun berkumpul lah di satu "port lepak" biasa kami. Malam tu, kami ada buat satu sesi special sket. Sesi tu di adakan on the spot tanpa sempat diancang oleh "geng Khadijah" yang lain. Sesi tu di handle oleh Kak K. Nasib baik dia pandai goreng [sebenarnya ilham malam tu datang dari Allah katanya]. 1st, kami kene bukak quran. Setiap dari kami perlu bukak surah dan ayat mengikut tarikh lahir. As for me, saya pun bukak lah 19:07. Ayatnya berbunyi seperti

"Wahai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak lelaki yang namanya Yahya, yang Kami belum pernah berikan nama seperti itu sebelumnya."

Nak kata ayat tu kene dengan saya 100% tak la. Kalau dilihat secara dasarnya, memang takde kene mengena dengan saya langsung. Namun, entah kenapa, Allah nak bagi saya feel baca ayat tu malam tu. Saya rasa ayat tu sangat dekat dengan saya. Kenapa? Meh nak story sket.

Kami belum pernah berikan nama seperti tu sebelumnya. Hati saya tertangkap pada frasa ayat tu. Sekilas saya teringat masa kecik2 dulu, saya cukup benci dengan nama saya sendiri. Sebab apa? Haha sebab saya rasa nama saya pelik. Saya tak pernah jumpa pun orang lain dengan nama Tasneem sehinggalah saya tingkatan 4. Saya cukup tak boleh terima apabila saya memperkenalkan diri, orang akan salah dengar nama saya. Nama common yang biasa orang sangka itu adalah nama saya ialah Jasmine, Yasmin, Taslim.. Jarang orang sangka Tasneem. Memang susah sangat nak jumpa. Sebab tu bila orang yang 1st time sebut nama saya dengan betul, saya akan rasa sangat excited!haha~ kanak2 bukan. Tapi lama2 saya dah lali dan tak kesah. Disebabkan nama yang pelik ni jugak, saya jadi agak introvert dan less confident masa kecik. Saya tak suka langsung nak mengcommercialkan diri saya. 

Masa kecik[dlm darjah 4 kot], saya pernah tanya kepada ummi saya "Ummi, kenapa bagi nama Tasneem, Tasneem? Macam pelik je..xde pun orang nama Tasneem? Tasneem nak tukar namalah! Tak suka nama Tasneem!" [emosi dengan nama sendiri masa kecik2 dulu..bapak tak matang..haha~].

And then my mom replied dengan muka tenang seorang ibu, "Tak suka?Tahu tak ummi suka sangat nama Tasneem. That's why i named it after my 1st girl. Masa kat UK dulu ada sorang anak kawan ummi nama Tasneem comel sangat [dlm hati:oh ada org nama Tasneem rupanya]. Masa ummi mengandungkan Tasneem jugak, Ummi tengah hafal surah al-muthaffifin. Dalam surah al-muthaffifin ayat 27, ada nama Tasneem. Tahu tak apa maksud dia? Air yang mengalir dari syurga". Saya terdiam. Indahnya maksud nama aku [cakap dalam hati]. Patut la aku seorang yang tenang. Tenang macam air. Sejak daripada explaination ummi malam tu, saya terus jatuh cinta dengan nama sendiri dan saya sangat suka nama saya. I find it unique and not weird anymore.

Tiba-tiba saya sebak malam tu sebab saya teringatkan ummi. Padahal petang tu baru je chat dengan ummi.

Seperkara lagi yang saya baru dapati tentang saya malam tu ialah sifat yang tak best wujud dalam diri saya. Saya terlalu suka menfokus pada perkara kecil yang kurang penting, remeh dan kemungkinan takkan memberi kesan apa2 pun. Sepertimana saya terlalu concern tentang nama saya hingga memberi effect terhadap keyakinan diri saya semasa kecil. Nama je kot. Bukan perkara besar. Apabila saya semakin dewasa, keyakinan diri saya bertambah baik sehingga pernah digelar "minah konpiden maut" semasa sekolah menengah. Itu mungkin terjadi kerana keslumberan saya yang melampau.

Dan malam itu [berbalik kepada malam 8 Januari 2011], ramai lagi berkongsi ayat tarikh lahir mereka. Agak menarik buat aktiviti begini sebab ini adalah pertama kali kami buat macam ni.

2nd, kami buat sesi ala2 Meniti angin malam. Maka, malam tu kami semua disuruh menutup mata dan kami pun mengembaralah ke alam akhirat. Okay, malas nak citer panjang tentang malam tu. Hanya yang hadir akan dapat merasai roh keinsafan malam tu. Salah satu point yang menarik untuk dishare ialah keikhlasan itu satu ujian. Err saya rasa macam dah melencong jauh la plak dari tajuk asal. Baru nak masuk pada tajuk entry. Baru saya perasan dah berjela jugak saya tulis. Hmm.. nak padam balik, sayang la plak.. Penat kot tulis panjang2. Hmm saya terpaksa tukar tajuk entry kepada Keikhlasan Itu Satu Ujian 1.. Akan ada sambungan untuk pengisian Jaulah pertama bagi tahun 2011. Nanti saya akan buat entry Keikhlasan Itu Satu Ujian 2 insyaAllah dalam masa terdekat ni. Haha~ maaf ye semua. Saya tak sedar dah tertulis panjang lebar. Biasalah saya agak suka bercerita.. Kalau bercerita, tak detail tak sah. Hehe~ 

Ok lah. Saya banyak lagi kerja nak buat ni [insan yang perasan busy].. Esok nak pergi KL plak.. Arghh next week banyak quiz. Banyak nak kene cover before i go to KL. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu yang lemah ini. AmeeN~

Keyh~ nk out.. Assalamu'alaykum wbt. semua. Terima kasih sebab sudi luangkan masa baca saya ramble merepek2 and mintak maaf sebab susah2 je buang masa baca benda yang kemungkinan tak beri apa2 pengajaran pun dalam hidup anda.

to be continued...

Thursday, November 4, 2010

His name is A.M.M.A.R

Bismillahirrahmanirrahim..

A.M.M.A.R
siapa A.M.M.A.R?
oh bukan teman lelaki..
bukan juga tunang..
suamiku?oh lagilah bukan..
jauh sekali kerana saya masih single..

nama penuh beliau Ammar Sulaiman Nasharudin..

siapa beliau di hati saya?
seorang adik..
satu-satunya adik lelaki..
adik lelaki yang paling disayangi..

dia comel..
tapi kadang-kadang dia mengada..
biasalah..
anak bongsu..

kami berjauhan..
bila saya call rumah..
dia akan cakap sekejap je dengan saya..
sebab fokusnya pada apa yang ada dihadapannya..
takpe ammar..
akak tak kecik hati pun..
akak faham..
budak-budak..

part yang paling best..
bila saya balik rumah..
dia akan berlari menerpa ke arah saya sambil menjerit
"Aneeeeemmm!!!you're home!!!"
dia akan peluk saya..
waaa~ bahagia..
saya akan cium dan cubit pipi dia..
haha~ sebab saya geram..
dia akan cuba cubit balik..
tapi saya selalu elak..
sakit kot..
guna kuku..
adeyhh~

paling tak bole blah..
bila dia bagi teka teki..
haha~
lawak kot..
speaking macam anak mat salleh!

perkataan yang selalu disebut 
dan akan buat saya gelak sorang2 ialah "nafing"..
and it's supposed to be "nothing"..
dan kata2 semangat dari dia yang tak bole blah ialah
"i know you can do it!come on!sikit lagi.."
padahal dia yang kene buat..
tapi dia mintak tolong orang lain buat..
dan tugas dia hanya bagi semangat macam tu kat sebelah..
adoi~ambil kesempatan..

A.M.M.A.R
akak rindu ammar..
akak rindu rumah..
tapi akak paling rindu ammar..

A.M.M.A.R

 latest picture during eid..he's the attention among all ^_^
"I want to be the tallest!" 

kesimpulan hari ini..SAYA RINDU NAK BALIK RUMAH..

oh ye!ummi akan ke Indonesia on 8th Nov 2010..
wish you'll come back safe and sound!take care~



Tuesday, November 2, 2010

~Musim Exam Dah Tiba~

Bismillahirrahmanirrahim..


 hari ini 2.11.2010
next week 8.11.10
minggu exam.
tarikh first paper jugak.

ya Allah~
Engkau permudahkanlah segala urusan kami..
Lapangkan dada kami..
Tenangkan hati kami..
Engkau kurniakanlah petunjuk dari setiap arah dan sudut..
Semoga kami dapat buat yang terbaik..
Bagi menggembirakan hati ibu bapa kami & guru-guru kami..
Jadikanlah kecemerlangan kami di dunia sebagai
sebahagian saham kami di akhirat..

ya Allah~
Sekiranya kegagalan kami membawa fitnah kepada
agama-Mu dan perjuangan..
Maka Engkau cemerlangkanlah kami dalam setiap perkara..
Dan sekiranya kejayaan kami membuat kami jauh 
dari agama-Mu dan perjuangan..
Maka Engkau lebih berhak menentukan
selayaknya untuk kami..
Kerana tiada apa yang Engkau taqdirkan dengan sia-sia
melainkan ada hikmah yang belum teringkap nilainya..

AmeeN ya Rabbal 'alameeN~

bittaufiq waN najah buat semua~
dan
maafkan segala khilaf yang lalu~

Monday, October 11, 2010

Ghurabaa - Khalid Yasin - The Strangers

Bismillahirrahmanirrahim..

bukak2 je..
masih di post yg lama..
bosan kot..

tasneem, bila nak tulis sesuatu ni??
bukan tak nak..
idea ada..banyak sangat..
tapi dia selalu menyinggah sebelum tidur..
bukak blog je, hilang idea..
tak tahu nak tulis apa..

tasneem..tasneem..tasneem..
apa yang bermain di fikiran kau sekarang??
kosong..

bila tgk jumlah followers..
waa 26..
apa yg aku tulis smpai tbe2 byk followers??
okay..mungkin bagi anda2 di luar sana yg ada 1000++ followers akan rasa 26 tu ciput je..
tp bagi blog yg xbyk bg manfaat n jarang update ni,26 tu kira byk la jugak..

okay2!
saya rasa saya nak buat pengumuman..
"dengar2 wahai penduduk kampung sekalian!
saya tengah suka nasyid ni.."

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghurabaa' war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghurabaa’ war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali biththughaa
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali biththughaa
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ghurabaa’ hakadzal ahraaru fii dunya-al ‘abiid
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ghurabaa’ hakadzal ahraaru fii dunya-al ‘abiid
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Kam tadzaakarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy

Bi kitaabillaahi nahfuzh-hu shabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

Kam tadzaakarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy

Bi kitaabillaahi nahfuzh-hu shabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

best kan bait2 kata dia kalau kita hayati btul2..
sebenarnya lagu ni lagu lama..
saya je yg baru nak hayati betul2..
serius masa kat Korea memang terasa seperti strangers..

when i got back from Korea,
i remember this one hadith..
it kept on playing in my mind..
the hadith sounds like this:

Our Prophet :sallulahu alayhi wasalam: said something along the lines of "Islam initiated as something strange, and it would revert to its old position of being strange, so good tidings for the strangers".

and back from Korea too menyebabkan saya asyik dengar lagu ni je..
i repeat and repeat it over and over again..
never get tired..
seriously love the lyrics..

dan di bawah ini saya sajikan a short speech from Sheikh Khalid Yasin..
full of spirit..really inspiring..
enjoy and apply ^_^ :



May Allah Subhanahu Wa Ta'aalaa dishonour all those who stand in the way of Al-Ghurabaa' (The Strangers)

Monday, September 6, 2010

family event on 04.09.2010

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah pada tanggal seperti yang tertera pada tajuk di atas, separuh adik beradik anak Che Omar berjaya membuat iftar jamaie berlokasikan rumah mak saya yang terletak di bandar baru bangi..orang Klang, orang Shah Alam, orang Nilai, orang Ampang [bukan damansara ok!], orang Subang semua turun Bangi semata-mata hendak iftar bersama..hehe~

Tujuan utama diadakan iftar ni adalah:

1. dah menjadi kewajipan untuk adik beradik mak saya buat family gathering setiap kali ermm mereka rasa nak buat family gathering..event ni dah selalu sangat terjadi sejak ramai2 duduk area KL/Selangor..kami anak2 pun seronok jumpa geng2 sepupu masing2..
2. nak buat solat hajat untuk sesiapa yang ada exam besar tahun ni..
[solehah/akim-UPSR, bee/anis-PMR, sarah-SPM]..
BEST OF LUCK TO ALL OF U!

3. mak2 sedara cakap nak tengok rumah yang dah siap renovate..

eyh, saya malas la nk cerite panjang2 apa yang berlaku hari tu..

let the pictures tell you the stories..now,shall we start with the food first..

ni sebahagian daripada menu utama kami..teka2!!ape ni??
yup!you're right!nasi kerabu~
mereka kan anak jati kelantan..ni favourite nasi mak2 kami and automatically kami anak2 pun suka! ^_^

ni ade la buah2 sket..kuih2 sket..

now, lihatlah gelagat my big family..macam2 gaya..macam2 ragam..hehe~
keluarga ceria + happening

from left (front): che ngoh, achik, hannan, suli, che rah (front)
mak2 ceria di dapur..posing macam anak dara jugak..hehe

from left: ummi, che ngoh, achik, cik era, che rah
perbincangan serius nampaknya..huhu~

from left: che rah, along, mama, che ngoh, ummi, aisyah, cik era
mama bersemangat!ada bakat jadi penglipur lara..

tadi mak2..ni gambar ayah2 + sepupu lelaki:

mendengar cerita penglipur lara..khusyuk..

baru perasan..ada 3 generasi kat sini..
papa (atuk), hisyam+faris (anak), fird (cucu yang comel)..
selain tu ada ing, abah and kaki uda (pegang camera)..

geng sepupu lelaki yang masih kecik2 lagi..rajin mereka ni main puzzle..at least ada jugak la permainan yang menguji minda kanak2 ni..kalau kt rumah che, ayik mengadap PS2 je 24jam..tak bagus betul utk kanak2 muda macam dorg ni..otak x develop nanti..

err bawah2 ni pulak gambar sepupu2 perempuan..err lagi beraksi..almaklumlah camera di tangan kami..memang takde keje lain lah..
ni upload gambar 2nd class dulu..


from left: najiah, sarah, anis, bee, iman
alahai, sopannya..anak sape lah ni?
[awas!jangan mudah tertipu..mereka sopan awal2 je..]

two best friend..aimi n adek..mereka ni macam ada psikik power..setiap tahun mesti ada baju raya yang sama..padahal beli asing2..owh!hal ni berlaku di kalangan kakak2 mereka jugak..nampak sangat taste kami lebih kurang sama..huhu~

mereka layan qyra tengok ikan dalam aquarium..

tengok tu..dah mula tunjuk aksi-nak-kene-reject-dengan-mak-mertua..adoyai~

eh!sebenarnya mereka ni sopan je..saje je tadi tu..

nak upload geng baby2 la pulak..

1. qyra..dia pandai buat gaya manja..

2. eqmal..teddy bear yang suka makan maruku..

3. fird..anak papa..dia suka sembunyi belakang papa bila rasa insecure..

last but not least..saya tampilkan gambar geng sepupu anak dara 1st class versi compact punya..banyak sangat..

mengalahkan bergambar di pagi raya..huhu~

oh ye!ada satu lagi gambar yang paling last..ni special untuk seseorang yang berada di perantauan..nah!terimalah wahai cik dhuha~

kiteorang anggap kau ade time ni..hehe~

~ salam aidilfitri..maaf zahir dan batiN dhuha ~

p/s: mungkin ada yang tertanya2..kenapa ada 1st class n 2nd class..ada beza ke?hanya berbeza dari segi umur..layanan yang diterima sama je..gelaran tu diberi oleh mak2 sedara sebab mereka ada banyak sangat anak sedara..ini cara mereka membezakan kami..memang nampak macam berpuak2..tapi hakikatnya kami satu keluarga tidak mengamalkan assabiyah..huhu~

-SAYA SUKA FAMILY GATHERING ^_^-

Saturday, June 26, 2010

WHAT A HEART BREAKING!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Pagi ni saya terbaca ni.. cuba korg baca..

ish!! tak ke sakit hati tu namanya!

malas nak baca?nah!tengok lah gambar-gambar ni..saya copy dari site di atas..

mungkin gambar ni dapat memberi gambaran untuk anda..

faham tak gambar di atas?

tak cukup dengan tu, ada lagi dua..tengok2..





waahh~~sesuka hati nenek dia je kan!!!!!

WALAU KAU HILANGKAN PALESTINE DI ATAS PETA DUNIA, NAMUN AL-QUDS TETAP KEKAL DALAM HATI DAN JIWA KAMI!

p/s : semalam baru dengar talk palestine yang dianjurkan oleh PUSPANITA bertempat di bilik mesyuarat bahagian tebatan banjir.. talk di sampaikan oleh Pn. Hasyimah dari AmanPalestine..hari ni Aman Palestine dan beberapa badan kerajaan/bukan kerajaan akan cuba menghantar bantuan bekalan makanan melalui jalan darat..moga Allah bersama kalian..

Thursday, April 8, 2010

there's no way you can turn back the time!

*teet* *teet* *teet* [hp saya bukan bunyi mcm ni..da xtaw nk keluarkan bunyi cane..layan je lah]

pagi ini aku dikejutkan dengan satu message. ku baca dengan keadaan mata separuh terbuka.ku tersenyum seraya mengucapkan kalimah tahmid dalam hati.nak tahu ke ape berita yang membuatkan saya tersenyum?ni dia..

"salam..congrats!ko dgn **** dpt highest carry mark BI.aku dengan *** kurang sket dari ko dgn ****.pape pun aku suka sbb group member kita antara yg tggi2 jugsk carry marknya."

fuiyoo~dapat highest carry mark memang la satu berita yang menggembirakan.
[rilek beb..baru carry mark..da campur dgn final baru la jadi markah kt cpa kau..byk2 kn doa eh!].yang lebih menggembirakan ialah dapat tolong member2 segroup untuk mengconquer tangga teratas dlm senarai carry mark.sebagai group leader,sekali lagi saya tersenyum.[tengah gembira..senyum sorg2 pn jadi..hua3~]

ok!pagi ni bukan nak cerita berapa kali saya tersenyum sejak pagi tadi sebenarnya.
getting the highest mark in english together with my friend,made me thought of something.let's flash back and see what happen to me few years back..

*****
"tasneem xnak amek TESL ke?your english is OK..u even got A2 for your 1119.nak buat medic mungkin susah sikit sebab u're bio is only B4..competition tinggi..at least with english, u might have the chance to go abroad"kata-kata ini diungkapkan oleh ummi suatu ketika dulu masa ummi tolong saya untuk pilih course apa yang nak di ambil after SPM.
[kalau anda perasan,pada slip SPM anda,grade utk 1119 ada dua.my english teacher said,yg sebelah kiri tu di marking mengikut standard malaysia..yg sebelah kanan mengikut standard cambridge level..yg sebelah kanan tu jugak dia hanya check essay kita je..the thing is, even you get an A1 on the LHS, not necessarily means you'll get A1 on the RHS.you might as well get a B or C.as for me..alhamdulillah i got A1 on the LHS and A2 on the RHS]"

ok!seriusly at that time saya memang tak kesah sangat nak amek course ape.blurr sket dulu..hehe~buta universiti sket..[cheh!ckp x kesah..padahal kau memilih..]

saya dengan curiousnye telah tanya pd ummi "kalau amek TESL nanti tasneem akan end up jadi ape?"dengan ringkas ummi jwb "cikgu kt MRSM since kita nk mintak scholarship MARA".hah?? cikgu??terikat??xmo lah!!saya ni bab mengajar memang xpandai..sape nak jadi cikgu?tu cita-cita zaman tadika je kot.tak nak jadi cikgu betul2 pun.satu lagi,saya tak suka terikat dengan mana2 pihak.[dol!da nama pun kau nak mintak scholarship,for sure akan terikat jugak dgn ape2 perjanjian dorg..oh ye,saya juga tidak berminat dgn sebarang keterikatan sbb ermm sbb ape eh?tah..da mmg xsuka..rimas kot kene ikat..i like to live life freely..free like a bird~ape merepek daaa~~]

''tasneem xnak lah ummi!xnak jadi cikgu..xpandai la bab2 mengajar orang.." [belagak pulak budak nih..da tak de idea nak amek course ape,org da bagi cadangan kira baik la tuh..ditolaknye mentah2 plak!]

*****

sebenarnya panjang lagi..tapi cukup sampai di sini untuk hari ni..banyak lagi ragam saya time nak pilih course after SPM.okeh kesimpulannya,[kesimpulannya bukan nak ckp yg saya ni seorang yg bayak ragam ok!walaupun pada hakikatnya,byk songeh jugak la!] saya tetiba rasa macam rugi x amek TESL dulu!

whoah~~chup2!!!cik Tasneem,anda menyesal di kemudian hari ke ni??

bukan menyesal!rasa rugi sket je..bukan apa..bila difikir2 kan balik,i love english so much since i was in standard one!thanks to my very first english teacher who make me feel english is so,i really mean sooo much fun rather than giving me headache like everyone elses felt.[sorry saya da lupa nama teacher..but i can never forget you face, especially your facial expression while teaching us..begitu bersungguh2 nak menampakkan english is not a hard subject at all..english is fun!kteorang slalu nyanyi2 lagu english dlm class dulu..huhu~i wonder how are you rite now?]

sejak darjah satu sampai kat universiti ni pun, selalunya saya akan paling rapat dengan my english teacher..suka bantai2 gedik speaking dengan dorg..dorg layan jek..dorg suka kot tengok kita nak blajar speaking eventhough tunggang langgang tenses nye..ternyata saya memang suka english!saya suka math jugak..but not as much as i love english kot..

jadi,ape point yang ko nak cakap kat sini sebenarnya cik tasneem??

saya rasa sedikit menyesal kerana x amek TESL dulu..big probability i have the chance to study abroad..tapi tu semua cuma tinggal kemungkinan..sekarang jugak macam da xde hati dengan math..sampai satu tahap,saya melalui hari2 bersama math tanpa perasaan..saya teruja dengan english class je sampai saya xpernah miss class yang 2cdt hr ni..semangat siap bagi surat lagi masa xdapat datang class bi sebab nak pegi buat passport dulu.[walaupun bukan saya yg buat sendiri surat tu..haha~sebenarnya saya memang malas bab2 nak buat surat kalo ponteng class..saya ponteng sebab saya memang sengaja xnak pegi class..so,why should i create excuses for not attending or in a more precise word, skipping the class??h0h0~mmg xde keje..rajin x bertempat..da ponteng dgn sengaja lagi mau bagi surat..eii terok jugak aku ni eh!zaman sekolah saya xsuka ponteng2 sekolah..zaman m3x dan universiti,saya revenge ke ape ni??banyak gila ponteng class..hua3~oh ye!sila jangan tiru aksi ini ye..x digalakkan untuk pelajar2 universiti,m3x mahupun yang masih bersekolah..]

seriusly saya memang x suka buat perkara yang saya x suka..terasa susah bila buat sesuatu tanpa ada hati dan perasaan..bila semangat yang membuak2 tu da xde,seriusly saya jadi xsuka..wehh!!!ape nak jadi nih??!!

tasneem..tasneem..tasneem..suka atau tak, u can never turn back the time.live must go on!marilah suka kepada math kembali![tgh berusaha lah ni..] saya akan pujuk hati ni supaya kembali cinta kepada math!

sila suka dengan kondisi anda sekarang ni..bayangkan kalau dulu amek TESL.mungkin saya tak kan berpeluang kenal dengan sahabat2 yang saya kenali hari ini [especially u people akhawats!].. mungkin juga saya tak berpeluang merasai ''pengalaman tanggal 4.4.2010" [ape tuh??later2 on i'll story mory okeyh..]setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..saya tidak ditakdirkan untuk mengambil TESL..sila terima hakikat!

special buat pemilik blog:bukan skarang ni tengah final examination week ke?sempat lagi ko post entry baru eh!malam tadi baru membebel..pagi ni membebel lagi..dah2..pi study!!

kepada yg memberi ucapan special kpd pemilik blog:ye la..ye la..nk sambung study la ni..

Wednesday, April 7, 2010

..dia..

sejak kenal dengan 'dia'
banyak benda yang saya belajar daripada 'dia'

'dia' tak pernah pun ajar saya benda2 tu semua
tapi saya dapat belajar hanya dengan berkawan dengan 'dia'

dulu, banyak istilah2 penting yang saya susah nak sebut
serius!mulut ni sangat berat nak sebut

sejak kawan dengan 'dia'
istilah2 tu jadi ringan je

dulu saya susah sangat2 nak sebut :
(i really mean say it not write it!)


tapi sekarang perkataan tu dah jadi lebih mudah
lagipun, Allah pun ada berfirman :

"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." [2:263]

satu lagi perkataan yang saya belajar daripada 'dia' adalah
banyak-banyakkan mengucap :


kepada sesiapa pun yang berjasa dengan kita
saya tak nak jadi manusia yang tak bersyukur dan tidak berterima kasih

"dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat(nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih" [11:9]

paling penting ialah
istilah2 ni bukan hanya disebut kepada manusia

TAPI
kita perlu banyak2 ungkapkan pada DIA

kita paling banyak buat salah pada DIA daripada dia2 yang kita kenali
kita perlu berterima kasih lebih banyak pada DIA daripada dia2 yang kita kenali


kita tak nak jadi hamba yang angkuh
kita tak nak jadi hamba yang tidak bersyukur

~astaghfirullahal'adzim 100x~
~alhamdulillah 100x~


Wednesday, January 20, 2010

ya Allah..i just don't know what went wrong T_T

Bismillahirrahmanirrahim..

sepanjang minggu lepas..
terasa sangat TIDAK BERSEMANGAT..
rasa malas nak buat semua benda..

malas study..
malas nak berfikir..
malas bergerak..
malas mengurus diri..
(title minggu yg paling x terurus jatuh kepada "minggu lepas"..)

ya Allah~ T_T
jauhkanlah sifat bermalas-malasan yang beraja dlm diri ini..
shhhuhh2~
go away!!!
i don't want you by my side..
kehadiran mu SANGATLAH tidak diundang..

bila malas banyak urusan tergendala..
totally hate this kind of feelings!

~saya xmo malas2 lagi!~




Sunday, January 3, 2010

~4 wives~

Bismillahirrahmanirrahim..

Fancy having 4 wives!

October 20, 2009 ·

Quantcast

We all have 4 wives!

Once upon a time. There was a rich merchant who had 4 wives.

He loved the 4th wife the most and adorned her with rich robes and treated her to delicacies. He took great care of her and gave her nothing but the best.

He also loved the 3rd wife very much. He’s very proud of her and always wanted to show off her to his friends. However, the merchant is always in great fear that she might run away with some other men.

He too, loved his 2nd wife. She is a very considerate person, always patient and in fact is the merchant’s confidante. Whenever the merchant faced some problems, he always turned to his 2nd wife and she would always help him out and tide him through difficult times.

Now, the merchant’s 1st wife is a very loyal partner and has made great contributions in maintaining his wealth and business as well as taking care of the household. However, the merchant did not love the first wife and although she loved him deeply, he hardly took notice of her.

One day, the merchant fell ill. Before long, he knew that he was going to die soon. He thought of his luxurious life and told himself, “Now I have 4 wives with me. But when I die, I’ll be alone. How lonely I’ll be!” Thus, he asked the 4th wife, “I loved you most, endowed you with
the finest clothing and showered great care over you. Now that I’m dying, will you follow me and keep me company?”

No way!” replied the 4th wife and she walked away without another word.

The answer cut like a sharp knife right into the merchant’s heart.

The sad merchant then asked the 3rd wife, “I have loved you so much for all my life. Now that I’m dying, will you follow me and keep me company?”

“No!” replied the 3rd wife. “Life is so good over here! I’m going to remarry when you die!” The merchant’s heart sank and turned cold.

He then asked the 2nd wife, “I always turned to you for help and you’ve always helped me out. Now I need your help again. When I die, will you follow me and keep me company?” “I’m sorry, I can’t help you out this time!” replied the 2nd wife. “At the very most, I can pay for your burial.” The answer came like a bolt of thunder and the merchant was devastated.

Then a voice called out: “I’ll leave with you. I’ll follow you no matter where you go.” The merchant looked up and there was his first wife. She was so skinny, almost like she suffered from malnutrition.

Greatly grieved, the merchant said, “I should have taken much better
care of you while I could have!”

Actually, we all have 4 wives in our lives. The 4th wife is our body. No matter how much time and effort we lavish in making it look good, it’ll leave us when we die.

Our 3rd wife is our possessions, status and wealth. When we die, they all go to others.

The 2nd wife is our family and friends. No matter how close they had been there for us when we’re alive, the furthest they can stay by us is up to the grave.

The 1st wife is in fact our actions (amal), often neglected in our pursuit of material wealth and sensual pleasure.

Guess what? It is actually the only thing that follows us wherever we
go. Perhaps it’s a good idea to start doing some righteous actions now
rather than to wait until we’re on our deathbed to lament.

Source: Abdurrahman.com


Monday, December 28, 2009

tak perlulah sampai macam ni..

Bismillahirrahmanirrahim..

i got this email from a friend.just wanna share with others.tak tahu kisah benar atau rekaan semata-mata.agak menyedihkan.

ceritanya begini:

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi si anak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar... Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !"

"Saya tak tahu Tuan..! "

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Menangis terusak-isak keduanya, dalam bilik. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-
jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah
mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan
Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia
dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata
doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung
merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa
terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan
sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah..sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis....

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram.....

Wednesday, December 23, 2009

~Awaken~

Bismillahirrahmanirrahim..

as promised before..here's another lyric of Maher Zain's song entitled:

~Awaken~
by Maher Zain


We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied

We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and ...
We make sure we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became individual without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

enjoy!! ;)

"contradiction" punya pasal..

he said "let me give u an example"..

"in malaysia muslim=malay", he wrote it on the board..

"hurmm..", i started to feel unease with the example..there's something wrong with that statement..that's not necessary..

he continued by explaining "so, contradict to the statement is not muslim=not malay"

okeh!that is TOTALLY NOT TRUE AT ALL!after that i keep saying "that's not true!","it's not necessarily". but i can only said it in a low volume..verry low..only those who sit next to me heard it..by that time, i wish i had a big voice..people can hear me even when i'm whispering..

then he said "yes i'm saying it in Malaysia..only in Malaysia..of course not in other country.."

huh..hello~ that statement is NOT TRUE even in Malaysia..that's triple-not-true for today..

secara matematiknya memang lah betul..itu adalah "contradiction statement"..BUT THE STATEMENT IS NOT APPLICABLE IN REAL LIFE!oh ya that was in REAL ANALYSIS class i was talking about..

siapa cakap kt Malaysia xde muslim yg bukan melayu?siapa ckp kt Malaysia xde melayu yg bukan islam,kristian/hindu/budhha(kes murtad)..ada ok..ye laa..walaupun dlm quantity yg sedikit..tp still ada..

apa yg nk d stresskn d sini ialah kebanyakan masyarakat menganggap islam tu hanya utk org melayu shj d malaysia..kalau bukan melayu maknanya bukan islam..kalau bukan melayu xbley masuk islam..inilah tanggapan sesetengah orang.

lebih menyedihkn bila dgr cerita sorg kawan ni..dia cakap member dia si A pernah tanya pd dia "cuba ko teka..si B bangsa apa?".."cina laa" jawab my fren yg melihat secara terangnya si B ni chineese-look walaupun dia bertudung..si A jwb "x..dulu dia cina..skang dia da melayu"..

daa~x semestinya dia revert pd agama islam bermakna secara automatiknya bangsa dia pun bertukar..si B adalah cina yg muslim aka muallaf..apa salahnya kalau dia islam walaupun dia cina..perlu ke tukar bangsa dia?

agama islam bukan diturunkan utk certain2 bangsa sahaja..
islam kan untuk sume..xkira la bangsa apa pun dia dan di mana jua dia berada..islam bukan khusus untuk org Arab sahaja atau in our case in Malaysia,untuk melayu sahaja..

ohh tapi yg geramnya hari ni i don't have the courage to stand up and correct the statement..statement tu bole menyebabkan org salah paham..da la kelas kiteorg cina separuh,melayu separuh..what would they think of islam?ohh sgt menyesal sbb x bangun je td..ikutkan hati nak je..tp..uhuh npe xbangun cik tasneem???!!!!!menyesal sangat ok!!

sebagai muhasabah diri,i shouldn't put blame in others..xbole salahkan lecturer tu..mungkin dia xtahu @ xprasan..mungkin diri ini yang masih perlu mengumpul kekuatan dalaman disamping ilmu-ilmu tambahan di luar bidang math supaya lebih berani berhadapan dgn pandangan masyarakat..lepas ni kene lebih berani..(tasneem2..ko kn terkenal dgn perangai konpiden maut n slambe badak..apesal td x slambe je bangun?!)

kesimpulannya jom hayati terjemahan daripada surah al-hujurat (49:13):

13. Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

wallahu'alam

About Me

My photo
insan biasa yang dilahirkan di atas muka bumi ini untuk sentiasa mencari dan berusaha mengenal DIA..