topbella

Wednesday, March 9, 2011

Book #1:Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna

Bismillahirrahmanirrahim..


"Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna"..It's a 74 pages book. A thin book. I started reading this book last night as for I was having a hard time to sleep. Very hard indeed. Hmm.. Just for the record, this book is the fastest one I have ever read so far [I used to read a much thinner book and yet it took me few days to finish it]. Manage to finish it within a short period. *sukses!tahniah cik!* I did not really spent much time on this book. It was nothing weird about that though. Oh, for your information I was not born to be a reader. I am a slow reader. Tapi takpe. At least I'm a fast learner. Why am I so prone to write something about this book? Cause, it is interesting! The contents manage to make me glued to the book for hours. Every time I read this book, I just feel like crying. *touching woo*

Before I start, let me introduce you to the one I admired; Hassan Al-Banna. Who is him anyway? Is he an important person?? *daa~of course he is* Some people said, "tak kenal maka tak feel" [Ok tipu. It's not what some people said. It's what I said]. Seperti biasa, bila nak bercerita, akan jadi panjang. *tiba-tiba bahasa melayu* Hassan Al-Banna adalah merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun. Seorang tokoh da'ie yang amat dikagumi. Terlalu banyak jasa beliau untuk ummah ini. Namun dibunuh dengan cara yang amat kejam malah orang ramai dihalang untuk menghadiri majlis pengebumiannya. I'll make a special entry for him later. Nak cerita sekarang panjang plak nanti. [Kau selalu cakap nak buat entry itu ini..Tapi alih2 tak buat jugak. Ceh~]

Basically buku ni bukanlah ditulis oleh beliau. Tapi ia merupakan kisah bagaimana seorang da'ie yang sangat sibuk dengan kerja2 dakwahnya di luar masih mampu berperanan sebagai seorang bapa yang penyayang di rumah. Hasil tulisan buku ini adalah berdasarkan apa yang diceritakan oleh anak2 beliau sendiri. Beliau mempunyai 6 cahaya mata. 5 daripadanya adalah puteri yang dicintainya. Manakala seorang lagi adalah satu-satunya putera beliau. Anaknya yang bongsu masih berada dalam kandungan si ibu ketika beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Anak2nya membesar dalam suasana yang baik. Cukup segala keperluan asas. Mendapat pendidikan yang baik.

Sudah semestinya Hassan Al-Banna mengambil contoh Rasulullah saw sebagai role modelnya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Antara beberapa sikap yang dinyatakan di dalam buku ni ialah:
  • Hassan Al-Banna seorang yang sangat berdisiplin dan beliau memastikan anak2nya juga berdisiplin.
  • Beliau tidak pernah memarahi @ memukul anaknya. The worst thing he ever done pun is just tarik telinga. [Based on what his daughter told. Tarik telinga je. Memang tak sakit mana pun]
  • Menegur dengan penuh hikmah.
  • Tidak pernah mengarah anaknya untuk buat itu dan ini.
  • Memberi perhatian terhadap segala keperluan anaknya. [Lain anak, lain keperluannya. Beliau sangat prihatin ok! Setiap keperluan anaknya dia akan pastikan ianya cukup]
  • Didikannya sangat halus dan penuh kasih sayang. [Ciri wajib bagi en.suami-to-be! ;p]
  • Bilamana kebanyakan parents "takut" untuk memberikan wang saku untuk anak2nya, beliau akan memberi wang saku untuk anak2nya setiap hari dengan jumlah yang agak tinggi jika di compare kan dengan anak2 jiran tetangga. Oh mereka ada 3 jenis perbelanjaan. Wang harian, mingguan dan bulanan. Amacam?Ada bran nak bagi anak2 anda duit hari2?? Mesti anda [err sebenarnya kita] "takut" nak bagi kan?kan?kan? Anak beliau cakap, "It's not how much you [we] gave that matters, but it's how you [we] train your [our] kids to use the money wisely". He trained his kids to donate at the mosque every week. Cantikkan cara dia didik anak dia? ^_^
  • Macam Rasulullah spent masa bermain dengan anak2 kecil, beliau pun akan cuba luangkan masa bermain dengan anak2 beliau.
  • Selain itu, dia akan sediakan "small library" for each and everyone. Ini menggalakkan anak2 dia untuk rajin membaca. [Err..mak saya pun buat macam tu jugak dulu..Tapi saya tetap jugak bukan pembaca tegar..Cuma sejak berada di alam universiti ni, saya tiba2 ada kesedaran sivik sket..Hey, membaca itu kan mampu menambah ilmu..so, MARI MEMBACA~]

Sebenarnya banyak lagi kisah Hassan Al-Banna di rumah yang boleh dijadikan contoh. Adalah tidak adil untuk saya menceritakan segala isi kandungan buku ni di sini. Anda harus membeli dan membacanya sendiri. Baru feel. Sesuai di baca untuk semua lapisan masyarakat terutama bagi mereka yang bergelar "bapa" dan "bakal bapa".."Ibu" dan "bakal ibu" nak baca pun boleh..Takde masalah pun.

Oh ye, kenapa saya beria2 menangis baca buku ni. Sebab setiap kali baca buku ni, saya mesti teringat pada Abah saya. It teaches me how to appreciate my father and I can't stop thinking of his sacrifices to make sure I grow up to be a good kid. *Aaarrgghh menangis lagi* Ok. Saya homesick! Nak balik! Nak balik! Weekend ni walau apa pun yang terjadi, saya tetap nak balik. [Dulu mana pernah homesick..Lately asyik homesick je..]

p/s: Sila baca buku ni. Best! Highly recommended! Murah pun murah. RM13.00 je.

Rating selaku pembaca: 8/10 9.8/10 *sbb berjaya memberi sesuatu yg valuable untuk saya*

Ok. Sekian. Assalamu'alaykum wbt~ ^_^

p/s:saya dah cuba jadikan tulisan dia semua hitam..last2, keluar hitam biru jugak..nasib la..

About Me

My photo
insan biasa yang dilahirkan di atas muka bumi ini untuk sentiasa mencari dan berusaha mengenal DIA..