topbella

Thursday, November 4, 2010

His name is A.M.M.A.R

Bismillahirrahmanirrahim..

A.M.M.A.R
siapa A.M.M.A.R?
oh bukan teman lelaki..
bukan juga tunang..
suamiku?oh lagilah bukan..
jauh sekali kerana saya masih single..

nama penuh beliau Ammar Sulaiman Nasharudin..

siapa beliau di hati saya?
seorang adik..
satu-satunya adik lelaki..
adik lelaki yang paling disayangi..

dia comel..
tapi kadang-kadang dia mengada..
biasalah..
anak bongsu..

kami berjauhan..
bila saya call rumah..
dia akan cakap sekejap je dengan saya..
sebab fokusnya pada apa yang ada dihadapannya..
takpe ammar..
akak tak kecik hati pun..
akak faham..
budak-budak..

part yang paling best..
bila saya balik rumah..
dia akan berlari menerpa ke arah saya sambil menjerit
"Aneeeeemmm!!!you're home!!!"
dia akan peluk saya..
waaa~ bahagia..
saya akan cium dan cubit pipi dia..
haha~ sebab saya geram..
dia akan cuba cubit balik..
tapi saya selalu elak..
sakit kot..
guna kuku..
adeyhh~

paling tak bole blah..
bila dia bagi teka teki..
haha~
lawak kot..
speaking macam anak mat salleh!

perkataan yang selalu disebut 
dan akan buat saya gelak sorang2 ialah "nafing"..
and it's supposed to be "nothing"..
dan kata2 semangat dari dia yang tak bole blah ialah
"i know you can do it!come on!sikit lagi.."
padahal dia yang kene buat..
tapi dia mintak tolong orang lain buat..
dan tugas dia hanya bagi semangat macam tu kat sebelah..
adoi~ambil kesempatan..

A.M.M.A.R
akak rindu ammar..
akak rindu rumah..
tapi akak paling rindu ammar..

A.M.M.A.R

 latest picture during eid..he's the attention among all ^_^
"I want to be the tallest!" 

kesimpulan hari ini..SAYA RINDU NAK BALIK RUMAH..

oh ye!ummi akan ke Indonesia on 8th Nov 2010..
wish you'll come back safe and sound!take care~



Tuesday, November 2, 2010

~Musim Exam Dah Tiba~

Bismillahirrahmanirrahim..


 hari ini 2.11.2010
next week 8.11.10
minggu exam.
tarikh first paper jugak.

ya Allah~
Engkau permudahkanlah segala urusan kami..
Lapangkan dada kami..
Tenangkan hati kami..
Engkau kurniakanlah petunjuk dari setiap arah dan sudut..
Semoga kami dapat buat yang terbaik..
Bagi menggembirakan hati ibu bapa kami & guru-guru kami..
Jadikanlah kecemerlangan kami di dunia sebagai
sebahagian saham kami di akhirat..

ya Allah~
Sekiranya kegagalan kami membawa fitnah kepada
agama-Mu dan perjuangan..
Maka Engkau cemerlangkanlah kami dalam setiap perkara..
Dan sekiranya kejayaan kami membuat kami jauh 
dari agama-Mu dan perjuangan..
Maka Engkau lebih berhak menentukan
selayaknya untuk kami..
Kerana tiada apa yang Engkau taqdirkan dengan sia-sia
melainkan ada hikmah yang belum teringkap nilainya..

AmeeN ya Rabbal 'alameeN~

bittaufiq waN najah buat semua~
dan
maafkan segala khilaf yang lalu~

About Me

My photo
insan biasa yang dilahirkan di atas muka bumi ini untuk sentiasa mencari dan berusaha mengenal DIA..